Kutu daun hijau

Kutu daun hijau (nama saintifik: Myzus persicae)[1] tergolong dalam order Hemiptera. Ia banyak didapati di kawasan beriklim sederhana di mana ia menjadi ancaman kepada pelbagai jenis tanaman (sebanyak lebih 400 spesies) terutamanya di tempat ditanamnya pokok-pokok persik yang dijadikan perumah virus-virus bawaan serangga ini.[1]